Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan di Bukit Gantang

Setiap kali pilihanraya kecil, aku bergelut dengan perasaan takut , benci dan harap. Takut kepada kekalahan adalah perkara biasa. Benci kepada perbuatan UMNO yang menggunakan taktik kotor yang kita semua tahu. Public secret, tapi tak boleh buat apa. Dan harap sangat kepada Pertolong Allah swt. Apapun, inilah bentuk perjuangan pada masa ini di bumi ini. Apalah sangat jika di bandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat di Palestin.(Fareeda...mudahan kau masih hidup atau pun mungkin sudah syahiid?) Aku akan sentiasa ingat kata-kata cik gu rahim apabila
pas putus untuk boikot pilihanraya kecil di Sungai Lembing: kita telah mengabaikan satu peluang untuk dakwah. Peluang untuk dakwah!. Inilah sebenarnya erti pilihanraya kecil di sanubariku. Untuk memperlihatkan aktiviti Islam selain dari yang lazim, untuk mendekati rakyat bertanyakan apa masalah mereka, untuk menyampaikan kefahaman Islam dalam bentuk yang sewajarnya, untuk memperkenalkan Islam kepada non - Muslim. Alhamdulillah, bila berada di Jebong, aku berkesempatan bertemu dengan Saudara Baru dari negeri Sembilan yang memeluk Islam selepas March 08. Inilah yang membuat aku rasa lebih bersemangat, mudahan ada hati-hati yang Allah buka melalui usaha-usaha kita. Kepada semua Jentera dan Penyokong dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, syabas di ucapkan. Khusu kepada Skuad Munajat Kelantan yang berterusan munajat tanpa henti sehingga ke saat terakhir pembuangan undi, jazakumullah khairan jaza'. Ahsantum, ahsan li anfusikum....

No comments: