Saturday, April 11, 2009
Menyandat Sotong.
Multazam sangat minat mengail ikan. Satu hari, bila Yan bercadang hendak pergi menyandat sotong, aku suruh dia ikut sama. Sejak itu , berkali -kali dia bertanya aku, bila pulak nak menyandat sotong?. Aku terfikir, apalah seronok sangat menyandat sotong ni. Mesti penat, panas, loya, lapar dan dahaga. Jadi semalam, kebetulan tak ada program, dan bot pun ada, aku bersama 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak saudara, penghulu Pok Su Pi dan kawan-kawan mereka keluar menyandat. Dua jam lebih atas bot, ingat sakit kepala yang telah di alami sejak Bukit Gantang lagi akan berulang. Tapi mujur ia tidak datang. Menyusur lautan dalam masa yang begitu panjang adalah satu pengalaman yang baru bagiku dan very thereaupathic. Keluasan lautan yang tidak lagi menampakkan tanda-tanda daratan mendatangkan rasa keinsafan kepada ku, betapa kerdilnya aku di samping alam ciptaan Allah, mengkagumi kehebatan dan kebesaranNya. Dan betapa di dalam setiap penjuru ciptaanNya, ada hikmah untuk manusia. Luatan yang menghijau penuh dengan rezeki untuk manusia yang rajin memanafaatkannya. Jam 5.30 sauh di labuhkan untuk mengail ikan bagi umpan sotong. Baru aku tahu, bukan aku aje yang minat ikan kerisi, sotong pun minat ikan kerisi. Setelah mendapat beberapa ekor ikan kerisi, perjalanan di teruskan ke tempat sotong. Bulan mengambang, sepatutnya banyak sotong. Tapi air 'lemak(??)'. Tak banyak sangat yang dapat. Aku pun mencuba. Tak payah rupanya menyandat sotong ni. Dan mereka sangat gelojoh... just like suckers, that's how they get caught. ( Ada pengajaran di sini). Jam sepuluh malam aku dah penat. Bagi bagi budak-budak je mengail. Maybe in June I' ll join another trip. Heh... for a lady, its really challenging especially the toilet part. Aku dah jangka, so I really limit my water intake, So I dont need to go to the toilet until I get back home at 9.30 am next day.
Wednesday, April 8, 2009
Kemenangan di Bukit Gantang
Setiap kali pilihanraya kecil, aku bergelut dengan perasaan takut , benci dan harap. Takut kepada kekalahan adalah perkara biasa. Benci kepada perbuatan UMNO yang menggunakan taktik kotor yang kita semua tahu. Public secret, tapi tak boleh buat apa. Dan harap sangat kepada Pertolong Allah swt. Apapun, inilah bentuk perjuangan pada masa ini di bumi ini. Apalah sangat jika di bandingkan dengan perjuangan sahabat-sahabat di Palestin.(Fareeda...mudahan kau masih hidup atau pun mungkin sudah syahiid?) Aku akan sentiasa ingat kata-kata cik gu rahim apabila
pas putus untuk boikot pilihanraya kecil di Sungai Lembing: kita telah mengabaikan satu peluang untuk dakwah. Peluang untuk dakwah!. Inilah sebenarnya erti pilihanraya kecil di sanubariku. Untuk memperlihatkan aktiviti Islam selain dari yang lazim, untuk mendekati rakyat bertanyakan apa masalah mereka, untuk menyampaikan kefahaman Islam dalam bentuk yang sewajarnya, untuk memperkenalkan Islam kepada non - Muslim. Alhamdulillah, bila berada di Jebong, aku berkesempatan bertemu dengan Saudara Baru dari negeri Sembilan yang memeluk Islam selepas March 08. Inilah yang membuat aku rasa lebih bersemangat, mudahan ada hati-hati yang Allah buka melalui usaha-usaha kita. Kepada semua Jentera dan Penyokong dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, syabas di ucapkan. Khusu kepada Skuad Munajat Kelantan yang berterusan munajat tanpa henti sehingga ke saat terakhir pembuangan undi, jazakumullah khairan jaza'. Ahsantum, ahsan li anfusikum....

Subscribe to:
Posts (Atom)