Sunday, November 30, 2008
Allahumma 'afini fi badani...
Ya Allah...afiatkanlah tubuh badanku... Mataku...pendengaranku. Kerana selain dari menyakitkan, tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu masa dan mengkikis kewangan seseorang. Saya berada di usm sejak jam 9.00 pagi. kini sudah jam 12.14 tengahari. Nama anak saya yang bernombor 31 belum dipanggil lagi. Ini lah satu penyiksaan kedua bagi pesakit dan penunggu seperti saya. Bagi penunggu atau peneman, penyiksaan pertama ialah kebosanan. sudah habis surat khabar saya baca termasuk iklaneka jual kabinet dan plaster siling. Ada sebuah rumah yang hendak di jual di Gombak dalam iklan tadi. Mungkin saya akan cuba. Oh ya, balik kepada tajuk asal. Inilah salah satu daripada beribu ribu cabaran bagi ibu tunggal. Menjadi peneman kepada anak-anak. Semalam menemani Hajar mengambil peperiksaan di sekolah maahad. Hari ini pula menemani Multazam ke USM untuk tengok benjolan di lututnya akibat besi yang 'terbingkas' selepas pembedahan dulu. Masalahnya mereka ini tidak mahu datang dengan abang-abangnya. Jadi sayalah teman mereka yang setia dan terpaksa.
Saturday, November 29, 2008
Forum Saye Adik Saye Abe dan Seminar Nikah Tunai
Kedua-dua program tersebut telah berlalu baru-baru ini dengan harapan untuk menanamkan sikap kasih sayang terhadap pasangan masing-masing dan menanamkan kefahaman bahawa sesungguhnya perkahwinan yang membahagiakan tidak bergantung kepada mahal atau murahnya mas kahwin. Manusia tidak kekurangan wang ringgit, tetapi sangat miskin dalam kasih sayang. Bila ada kasih dan ada sayang, segala yang payah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan dan yang berkurap menjadi panau. Kasih sayang hanya ada pada orang yang memahami hakikat kehidupan sebagai insan yang di cipta oleh yang Maha Pengasih dan yang Maha Penyayang. Pandangan kasih sayang yang terpancar dari sumber cinta dan iman terhadap Allah , itulah yang abadi. Sementara pandangan cinta yang bernafsu, itulah yang akhirnya akan ranap walaupun mas kahwin berpuluh ribu. Duit boleh membeli pasangan, tetapi tidak boleh menjamin kebahagiaan.
Friday, November 28, 2008
9 bulan selepas menjadi ADUN
Begitu cepat masa berlalu. Selepas March 2008, saya seolah-olah berjalan di atas awan. It's like 'touch-n-go' or auto-pilot, where feelings were absent. It's just too fast to gauge my own feelings of what is happening. Maybe its just me.Tidak sempat untuk menoleh kebelakang untuk menilai, mengkaji, menganalisa sesauatu yang berlaku. Tidak seperti menjadi Ahli Dewan Negara dahulu. Ruang masa agak longgar. Kini setiap minit itu amat bermakna. Saya ingat dapat meluangkan sedikit masa untuk bercuti , refleksi dan 'recovery' pada masa cuti sekolah ini. Namun belum ada kesempatan. Tetapi saya bertekad untuk 'up-grade' IT skills, dan menjadi blogger yang consistent. Sekurang-kurangnya saya sudah pandai menggunakan 'facebook" dan 'up-load' gambar.
Setelah 9 bulan sebagai ADUN, saya bertemu dengan pelbagai lapisan rakyat. Sebahagian besar penduduk DUN Kijang adalah dari golongan miskin. Dan sebahagian besar dari penderitaan mereka adalah kerana tidak ada pekerjaan tetap dan tidak punya rumah sendiri. Yang mempunyai rumah pun keadaan rumah amat menyedihkan. Sanak saudara juga dalam belenggu kemiskinan yang tidak mampu membantu di antara satu sama lain. Inilah satu cabaran yang besar. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah keadaan ini?
Setelah 9 bulan sebagai ADUN, saya bertemu dengan pelbagai lapisan rakyat. Sebahagian besar penduduk DUN Kijang adalah dari golongan miskin. Dan sebahagian besar dari penderitaan mereka adalah kerana tidak ada pekerjaan tetap dan tidak punya rumah sendiri. Yang mempunyai rumah pun keadaan rumah amat menyedihkan. Sanak saudara juga dalam belenggu kemiskinan yang tidak mampu membantu di antara satu sama lain. Inilah satu cabaran yang besar. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah keadaan ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)
