Monday, February 23, 2009
Usul Bantah Kekejaman Israel
Tahniah kepada YAB TOK Guru Menteri Besar Kelantan yang telah mengemukakan usul membantah kekejaman Yahudi di Palestin dalam sidang DUN pagi tadi. . Usul Tok Guru di sambut dengan perbahasan bernas dan hangat oleh ahli-ahli Dewan termasuk ahli Pembangkang . Sidang Dewan tadi bersatu hati mengutuk kekejaman Yahudi dalam usaha mereka menghapuskan penduduk Palestin yang tidak berdosa. Di antara perkara yang di bangkitkan (selain memutuskan potongan elaun semua ADUN untuk Tabung Pelestin) ialah perlunya di buka pintu jihad supaya ada tindakan dari kaum Muslimin seluruh dunia yang ingin memperjuangkan pembebasan bumi Palestin. Hanya Jihad fi Sabilillah yang akan dapat menewaskan Yahudi. Kerana mengikut Dato' Husam, PBB sendiri telah mengeluarkan lebih 500 bantahan, tetapi gagal meninggalkan apa-apa kesan terhadap Yahudi.Yahudi yang memang takut mati dan ingin hidup seribu tahun pasti akan tertewas apabila umat Islam meniup seruan jihad. Siapakan yang akan meniup seruan itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment