Monday, December 7, 2009

Peristiwa Pelik - Hasil Kecuaian Manusia

Takziah buat keluarga mangsa kejadian pelik yang berlaku di KB Mall semalam. Mudahan kematian kelian menjadi iktibar kepada manusia yang masih menjalani kehidupan supaya tidak mengambil mudah langkah keselamatan. Teringat surau KB Mall di Tingkat 3. Harap dindingnya selamat , dah la tak bersih , kalau tak selamat pula, kesian pengunjung KB Mall :(( Harap pengurus TESCO juga melarang permainan 'drift ' di parking Tingkat atas, bimbang akan berlaku perkara yang tidak diinginkan.



NEGARA

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.




Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.


LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.


Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.

Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Confused - Natijah Kehidupan Sekular

Kesian, Fadil@ Fatin. Lelaki masa lahir (?) , perempuan (?) masa dewasa, masih Islam (?) , kawin secara sivil dengan orang putih, yang masih kekal dalam agama asal. Mudahan Allah membuka hatimu, wahai Fadil@ Fatine untuk mencari jalan kehidupan yang sebenar .


NEGARA

Saya masih Islam - Fadil


PERKAHWINAN Mohamed Fazdil dengan seorang lelaki rakyat Britain, Ian Young pada Mei lalu mengundang kontroversi.
- Gambar daripada Facebook.



KERATAN Kosmo! 5 Disember.


KUALA LUMPUR - Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine, 36, dalam laman sembang, Facebook mengakui dirinya masih berpegang kepada ajaran Islam dan berterusan melaksanakan tuntutan agama meskipun sudah berada di United Kingdom (UK) sejak awal tahun lalu.

Fatine atau atau nama panggilan mesra keluarga, Fadil, menjawab komen seorang kenalannya dengan berkata: "Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan."

Baru-baru ini, keluarga jurusolek terkenal kelahiran Malaysia yang kini tinggal di Derby, UK itu meluahkan rasa bimbang mereka kemungkinan Fadil bertukar kepada agama yang lain setelah berkahwin jantina sejenis dengan seorang lelaki Britain, Ian Young, 30.

Pada masa sama, keluarganya berharap Fatine yang kini terperangkap dalam masalah visa pelawat yang tidak dilanjut tempoh, tidak berasa tertekan.

Di ruangan itu juga, jurusolek itu menerangkan, perkahwinannya berlangsung secara sivil dengan menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan hubungan pasangan tersebut di UK.

"Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam."

Kosma 7 Disember2009