Monday, July 20, 2009

Manik Urai Hampir Terjual

65 undi. Aku tergamam seketika, kerana lebihkurang jam 3 petang , aku menerima sms bahawa PAS menang besar, lebih kurang 2000 undi. apabila post mortem di buat, ternyata jentera PAS sendiri telah di beli. Termasuk jentera Lakloh di mana aku membantu. Patut lah bila aku ke Lakloh bersama penghulu, aku komen apabila melihat bendera PAS dan Dacing yang begitu teratur, sebelah jalan, PAS, sebelah lagi, BN. Tersusun rapi. Seperti ada kerjasama. Seperti tidak berbalah. Aku kata, bagus betul Lakloh ni, bendera seperti berpakat, PAS sebelah, BN sebelah. Maka jawab penguhulu itu, memang, kita sini berpakat. Tak berbalah. Masing-masing faham dan menghormati kerja masing-masing. Aku ingat ni UMNO yang sokong PAS dalam diam. Hampeh. Rupanya penghulu itu lah yang sokong UMNO dan bekerjasama dengan mereka. Dia sudah menjual dirinya dengan harga beberapa ribu. Berapa ramai sebenarnya jentera yang telah menjual diri kepada UMNO?