Thursday, January 22, 2009

Pendek Akal Menteri UMNO

Tuesday, January 20, 2009

BN tidak pernah mahu belajar

Umno baru sahaja ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Kebencian dan kebosanan rakyat terhadap tindak-tanduk dan pendekatan mereka sehingga mengakibatkan mereka ditolak terang-terangan begitu sahaja sewajarnya dikaji dan diteliti oleh bijak-pandai mereka. Itupun kalau mereka mahu terus wujud dalam arus perdana politik negara.

Tetapi tidak, rupanya mereka tidak pernah serik-serik dan seakan mengundang bala yang lebih besar dan terus bakal dihukum rakyat. Terbaru Menteri di JPM Zahid Hamidi mengeluarkan suatu arahan yang bagi saya sangat cetek dan pasti menerima reaksi negatif dari rakyat jelata. Daripada Ipoh MStar melaporkan:

Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.

Dan negeri-negeri yang dimaksudkan itu tidak lain melainkan negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Perak, Pualu Pinang, Selangor dan Kelantan. Zahid menambah:

Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut.

Jelas kerajaan BN Pusat bertanggungjawab terus dalam memecahbelahkan perpaduan rakyat dan berpolitik sehingga mewujudkan kerajaan dalam kerajaan sekaligus mempersetankan sistem federalisma yang kita dukung selama ini. Sikap BN ini akan mengakibatkan terbantut dan terganggu hubungan Pusat dan negeri khasnya di lima-lima buah negeri ini. Baru beberapa hari lepas DYMM Sultan Kedah dalam titah Tuanku memuji hubungan baik antara negeri Baginda dengan kerajaan Pusat!

Mengapa kita tidak boleh bersatu dalam hal-hal kepentingan negeri dan negara walaupun kita berbeza fahaman politik? Tidakkah kita boleh insaf dan ambil iktibar dari betapa ruginya rakyat di bumi Palestin apabila Fatah dan Hamas tidak boleh bersatu demi negara Palestin?!

Mesej dari Kuala Terengganu saya yakin begitu jelas buat semua. Tetapi sikap Zahid ini membuktikan yang mereka tetap terus angkuh dan sanggup mencabar kesabaran rakyat. Kesimpulannya bersedialah untuk menerima bahana kemarahan rakyat.

Posted by roslan sms at 11:20:00 PM

Sunday, January 18, 2009

Tahniah di atas kemenangan PAS PRK 036 KT

Kami sudah tiba di Batu Rakit. Selepas lima minit berita kemenangan ke udara di RMT, kami tak putus-putus menimbangkan samada nak u-turn atau tidak. Anak-anak akan bersekolah esok, jam sudah hampir 9.00 malam, ini bermakna kalau di teruskan perjalanan ke Kota Bharu, kami akan tiba dalam jam 11. 30 malam. Namun gelonjak kegembiraandi atas kemenangan PRK 036 tidak dapat di bendung, kami ingin meraikan kemengang bersama-sama rakyat Terengganu dan seluruh jentera PAS/PR dari seluruh negara. Lalu kami u-turn semula ke Bandar Terengganu. Sebaik sahaja melepasi jambatan Pulau Duyung, kami bersama-sama kumpulan motosikal menuju dan bersesak ke Pusat Bandar. Allah hu Akbar ... mudah-mudahan Allah terus memberi kemenangan kepada PAS/PR. Jam 3.00 pagi kami tiba di Kota Bharu.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dan Masehi

Semalam Kerajaan Negeri Kelantan buat pertama kali mengadakan sambutan tahun baru 31 Disember di Stadium Sultan Mohd, Kota Bharu. Pada awalnya ia nampak seperti persembahan kebudayaan biasa dan celoteh Farah agak 'out-of sync', namun kemucak 'count-down' meperlihatkan kelainan berbanding dengan apa yang biasa dilihat dan diamalkan dalam budaya sambutan tahun baru di Malaysia. Tepat jam 12.00 tengahmalam, Akhil Hayy mengumandangkan azan yang kemudiannya di susuli dengan percikan bunga api. Tiada sorakan dan jeritan dari penonton. Mudahan-mudahan jiwa-jiwa yang hadir kyusuk dan bertafakkur bermuhasabah diri dan memikirkan bagaiman menjadikan tahun baru lebih baik dari tahun sebelumnya. Terima kasih kepada Datuk Taki di atas kejayaan program dan menyambut baik cadangan dari Urusetia Wanita.