Saturday, June 21, 2008

Two days with Anna


Anna Salsberg is a French filmaker who was here last Ramandhan with Elenor and Aishah. She is a friend of Anees (Agnes) whom I have met previouly at Bangunan PAS in Kota Bharu. Anees converted to Islam at Dusun Raja. May Allah bless Anees and her family. and Anna, last Ramadhan was here making film about the lives of Malaysian, and I was one of her subject. (Am I lucky or what... wow... will I be viewed in France?). Last Wednesday Anna was here again though only alone. Well, I admire your grit, Anna. I would not have the strength to shoulder all those heavy equipment and gadgets you brought along. Last Ramadhan at least you have an assistant. But this time you're alone. On Wednesday I was very busy and could not be with Anna. But on Thursday I spent the whole day with her, or rather , she was with me to get a glimpse of my daily routine. We started the day at my favourite roti canai joint, then proceed to my office at DUN Kijang where I meet my people every Thursday morning. (And your comment was: you need to be a counsellor and a doctor to be a politician) .Was there until noon. We had lunch at Kota Andam, where Kak Yah is a staff at SUK , it was her family's businees annual anniversary.

Friday, June 20, 2008

Tahniah 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat.

Di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemimpin PAS, PKR dan DAP di atas pencapaian 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kita telah datang jauh dan mengharungi pelbagai dugaan , rintangan dan halangan untuk tiba di mana kita berada hari ini. Inilah satu peluang keemasan yang sudah lama di tunggu-tunggu. Walaupun setiap parti memang mengharapkan masing-masing mendapat kemenangan besar di setiap negeri, namun, apa yang ada kini adalah satu peluang untuk kita membuktikan kemampuan kita dalam bertoleransi , bekerjasama dan saling menghormati dan memahami di antara satu sama lain. Saya yakin pikak BN di sana menggigit jari dan menghitung hari untuk melihat siapa dulu yang akan melatah dan membelasah di antara satu sama lain, PAS, DAP atau PKR. Justeru itu , khususnya bagi negeri-negeri Selangor dan Perak, kesabaran dan kebijaksanaan pemimpin sangatlah penting. Penyokong pula harus tahu apakah keutamaan sekarang. Adakah kita mahu menyerlahkan 'kehebatan' kita atau mengambil peluang menghampiri rakyat jelata dengan memberi pendedahan dan sentuhan kita kepada mereka. Ambillah peluang ini dengan sebaik mungkin. Jika kita tersalah langkah atau tersalah mulut, peluang ini mungkin tidak berulang lagi.

Tuesday, June 10, 2008

Report Card 100 Hari.

Saya ada terdengar bahawa seseorang ADUN akan dinilai selepas 100 hari. Jadi, saya ini hendak bermula dari bila? 100 hari dari menang tanpa bertanding? atau 100 hari dari hari pengundian? atau 100 hari dari hari mengangkat sumpah sebagai exco? atau 100 hari dari hari mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di dewan undangan negeri? atau 100 hari selepas selesai 'pantang' dari kemungkinan petisyen dari pihak lawan?. Walau apa pun, 100 hari pertama bagi wanita lepas bersalin sudah boleh bergerak cergas seperti biasa, tapi bagi 'baby' , dia baru dapat 'gurgle' dan mengagah membahagiakan ibu bapa. Belum dapat berbuat apa-apa. Just stay cute. Bagi saya? Terpulanglah kepada rakyat dan 'political masters, political friends dan political fiends ' untuk menilai. This blog is dedicated to those who are curious of my whereabouts...