Saturday, November 29, 2008

Forum Saye Adik Saye Abe dan Seminar Nikah Tunai

Kedua-dua program tersebut telah berlalu baru-baru ini dengan harapan untuk menanamkan sikap kasih sayang terhadap pasangan masing-masing dan menanamkan kefahaman bahawa sesungguhnya perkahwinan yang membahagiakan tidak bergantung kepada mahal atau murahnya mas kahwin. Manusia tidak kekurangan wang ringgit, tetapi sangat miskin dalam kasih sayang. Bila ada kasih dan ada sayang, segala yang payah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan dan yang berkurap menjadi panau. Kasih sayang hanya ada pada orang yang memahami hakikat kehidupan sebagai insan yang di cipta oleh yang Maha Pengasih dan yang Maha Penyayang. Pandangan kasih sayang yang terpancar dari sumber cinta dan iman terhadap Allah , itulah yang abadi. Sementara pandangan cinta yang bernafsu, itulah yang akhirnya akan ranap walaupun mas kahwin berpuluh ribu. Duit boleh membeli pasangan, tetapi tidak boleh menjamin kebahagiaan.

No comments: