Sunday, November 30, 2008

Allahumma 'afini fi badani...

Ya Allah...afiatkanlah tubuh badanku... Mataku...pendengaranku. Kerana selain dari menyakitkan, tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu masa dan mengkikis kewangan seseorang. Saya berada di usm sejak jam 9.00 pagi. kini sudah jam 12.14 tengahari. Nama anak saya yang bernombor 31 belum dipanggil lagi. Ini lah satu penyiksaan kedua bagi pesakit dan penunggu seperti saya. Bagi penunggu atau peneman, penyiksaan pertama ialah kebosanan. sudah habis surat khabar saya baca termasuk iklaneka jual kabinet dan plaster siling. Ada sebuah rumah yang hendak di jual di Gombak dalam iklan tadi. Mungkin saya akan cuba. Oh ya, balik kepada tajuk asal. Inilah salah satu daripada beribu ribu cabaran bagi ibu tunggal. Menjadi peneman kepada anak-anak. Semalam menemani Hajar mengambil peperiksaan di sekolah maahad. Hari ini pula menemani Multazam ke USM untuk tengok benjolan di lututnya akibat besi yang 'terbingkas' selepas pembedahan dulu. Masalahnya mereka ini tidak mahu datang dengan abang-abangnya. Jadi sayalah teman mereka yang setia dan terpaksa.

No comments: