Friday, June 20, 2008
Tahniah 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat.
Di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemimpin PAS, PKR dan DAP di atas pencapaian 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kita telah datang jauh dan mengharungi pelbagai dugaan , rintangan dan halangan untuk tiba di mana kita berada hari ini. Inilah satu peluang keemasan yang sudah lama di tunggu-tunggu. Walaupun setiap parti memang mengharapkan masing-masing mendapat kemenangan besar di setiap negeri, namun, apa yang ada kini adalah satu peluang untuk kita membuktikan kemampuan kita dalam bertoleransi , bekerjasama dan saling menghormati dan memahami di antara satu sama lain. Saya yakin pikak BN di sana menggigit jari dan menghitung hari untuk melihat siapa dulu yang akan melatah dan membelasah di antara satu sama lain, PAS, DAP atau PKR. Justeru itu , khususnya bagi negeri-negeri Selangor dan Perak, kesabaran dan kebijaksanaan pemimpin sangatlah penting. Penyokong pula harus tahu apakah keutamaan sekarang. Adakah kita mahu menyerlahkan 'kehebatan' kita atau mengambil peluang menghampiri rakyat jelata dengan memberi pendedahan dan sentuhan kita kepada mereka. Ambillah peluang ini dengan sebaik mungkin. Jika kita tersalah langkah atau tersalah mulut, peluang ini mungkin tidak berulang lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment